Microsoft Office (PowerPoint)

27 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (PowerPoint) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama adik Syahriani membuat kerja kursus sejarah tahun 6 menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Tajuk kerja kursus adik Syahriani ialah agama dan kepercayaan masyarakat di Malaysia. Dengan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet, adik Syahriani berpeluang melayari internet untuk mencari sumber maklumat berkaitan dengan kerja kursus beliau.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Sebelum bermulanya kelas, adik Syahriani terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas cara menggunakan Microsoft Office PowerPoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali